7 (tujuh) Kemuliaan Buat Orang Yang Duduk Bersama Ulama'


Foto : DPC Jammu Banjarnegara Bersama Ketua Yayasan Bumi Sehat Banjarnegara 



Banjarnegara Banyumas Pos --  Di Pagi ini Yayasan Bumi Sehat Bersama Ketua DPC Jammu Banjarnegara KH . Achmadi Albanjari Mengupas tuntss, tujuh kemulian buat orang yang suka duduk bersama Ulama'  sekalipun dia tidak mampu mengingati  sesuatupun dari ilmu.


Pertama: dia meraih kelebihan penuntut ilmu.


Kedua: dia di asingkan dari dosa selama dia masih duduk disisi ulama'.


Ketiga: apabila keluar dari rumah untuk menuntut ilmu, turun rahmat keatasnya.

Foto : Bersama Habib Alwi Muhammad Babul Dan Kyai-kyai Banjarnegara Acara Silaturahmi Ke Yayasan Bumi Sehat 


Keempat: apabila dia duduk didalam halaqah ilmu, tatkala rahmat turun keatas penuntut ilmu, dia turut memperoleh bahagian dari rahmat tersebut.


Kelima: selama dia mendengar ilmu, ditulis baginya satu ketaatan.


Keenam: jika dia mendengar tetapi tidak memahaminya, sempit dadanya kerana terhijab dari ilmu, maka jadilah kesedihannya itu wasilah untuk mendekati tuhannya.


Ketujuh: dia akan melihat penghormatan muslim terhadap ulama' dan penghinaan terhadap orang fasik, maka hatinya berpaling enggan dari kefasikan (kerana buruknya kefasikan). Kerana inilah Nabi menyuruh untuk duduk bersama ulama'."


[Hasyiat al-Bigirmi alal Iqna']


Semoga bermanfaat


اللهم صلی علی سيدنا محمد وعلی آل سيدنا محمد


Pewarta : Nur S

Previous Post Next Post